Assalamualaikum..
Hari nie mud aq xbape nak stabil entah kenapa malam nie aq nak kongsi pasal citer sedih antara aq dengan dye, kenangan lalu bersama dengan dye x mudah untuk aq melupakan untuk selamanya. Tapi aq pasrah dengan suratan yang terjadi dan aq sedar segalanya pasti ader hikmah yang terselindung..
Kisah bermula dimana 4 mata mula berpandangan terus jatuh ke hati tanpa disedari hati mula berbunga, tahun 2008 menjadi saksi pertemuan diantara aq dengan dye, banyak kenangan yang telah tercipta mengenal erti sebuah cinta yang sejati dua insan yang telah berjanji akan sehidup semati, segala halangan pasti akan ditempuh bersama. Hubungan dari hari berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun, saban hari bersama mencipta bahagia. Rasa api yang membakar seakan sejuk salji, rasa panas yang membahang seakan sejuk ais..huk2.. cinta itu sungguh indah tapi pada yang mengenal cinta yang sebenar pasti bahagia. Aq selalu mcg n call dye, walaupun dye bz aq akan luangkan masa dengan dye, kehidupan dye yang tidak seperti orang laen aq jalani dengan penuh kesabaran, setiap detik yang berlalu antara aq dengan dye pasti ku catit di dalam hati. Aq bersama dengan dye dalam waktu senang atau susah, aq tidak pernah berkira langsung dengan semua ini, aq hanya mahukan dye bahagia, aq juga mahukan kehidupan dye lebih cerah dan tidak terus terbawa arus rencah kehidupan.
Kebahagian yang aq kecapi tidak semudah itu, dalam tidak sedar dye telah mempermainkan cinta aq, dye hanya buat aq tidak lebih seperti orang yang akan bagi dye rasa ketenangan bila dye bingung, dye juga hanya ingin mempermainkan perasaan ku selama nie. Sungguh senang aq dipermainkan begitu sekali, perasaan ku ibarat tiada apa dalam hidup dye. Segala kebaikan yang dye berikan hanya untuk menutup kejahatan yang ada pada dirinya. Dye sanggup mencipta kebohongan demi mendapatkan aq.. sungguh kejam.. Dengan tiba2 dye telah menghilangkan diri, aq bingung dan buntu, hanya pada allah tempat aq mengadu.. sejak dari itu aq terus menunggu dye minta penjelasan semua nie.. dan bermula dari itu juga setiap lelaki yang datang pasti akan aq mainkan hati dan perasaan mereka hanya untuk membalas dendam dengan apa yang berlaku, aq sudah menanamkan sifat " semua lelaki adlah jahat" dan Perbuatan aq sangat melampau, aq sedar semua ini tidak berguna dan mereka tidak bersalah.. marah dan balas dendam pada yang tidak bersalah merupakan dosa dan aq tidak mahu terus berdosa,..YA ALLAH sungguh besar dugaan ini..
Setelah sekian lama, akhirnya aq telah menjadi insan yang lebih tabah dan menerima ia sebagai ujian perjalanan hidup, aq juga bersyukur kerana adanya AZRUL AIMRAN yang selalu ada disisi dalam waktu susah senang.. Aq mahu menjadi orang yang setia pada cinta, walaupun aq tahu cinta pada yang hak merupakan cinta yang abadi tetapi kte dituntut untuk mengenal cinta.
Aq harapkan kaw akan selalu bahagia dengan kehidupan yang kaw jalani, aq halalkan segala pemberian dan pertolongan aq selama ini..
Pabila kau pergi lepaskan tangan,
Aq disini rebah tiada sokongan,
Biarlah rindu ku berlalu bersama angin,Biarlah air mata ku hilang bersama hujan,
Bersama mu membuat ku kenal erti percintaan,
bersama mu membuat ku kenal erti penderiteraan,
Tidak pernah sekali untuk aq lepaskan,
tetapi kau pergi tanpa pesanan..
No comments:
Post a Comment