assalamualaikum.. aper cter smua..sihat ey.. entry kali nie aq nk kongsi pasal petua orang lama2.. tetibe jer terpandang buku petua, so harap boleh la kite berkongsi bersama..law agak2 ader petua-petua yang kowang tahu bley juga bagi kt ruangan comment.. ^_^.. jom kite tengok petua-petua tersebut
1. Segarkan Mata : [ nie bagi mereka yg nk mte cantik ]
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tido.
2. Hidung bayi tersumbat :
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di seliling hidung bayi. AWAS...!!!!!! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.
p/s : aper yang dikongsi bersama hanya petua-petua orang lame dan yang sebaik-baik mengubati adalah ALLAH SWT.. kte sebagai manusia hanya perlu berusaha untuk jadi yang terbaik dan selebihnya bertawakal kepada yang layak.. Moga-moga petua-petua ini dapat dikongsi bersama..
3. Hilangkan bau badan :
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.
4. Mengurangkan dengkur :
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tido.
5. Manaikkan seri muka :
Basuh muka anda dengan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah 10minit berlalu. Amalkan selalu.
6. Mengelakkan nafas berbau :
Sangar hampas kelapa hingga juning dan menguyah hampas kelapa itu, atau minum selalu air suam..
7. Wangikan rambut :
Potong dua biji limau nipis melintang, kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut, biarkan beberapa minit sebelum bilas.
8. Mengelakan keguguran rambut :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam, amalan ini juga dapat mencegah daripada kelimumur.
9. Bibir pecah :
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asalm jawa kemudian diminum beberapa kali.
10 Menghilangkan perut kembung : [ aq da byk kali wt mcm nie, kompom 2saat kowang akan dgr bunyi boom.. hahahha ]
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa, kemudian layurkan ke atas api selama 2 minit, setelah itu daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.
11 Tumit pecah :
Gosokan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh, kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut, amalkan selalu.
12 Menghaluskan kulit muka :
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan keoada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
13 Mengatasi mabuk perjalanan jauh :
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
14. Menghalau semut : [ mak aq pernah buat petua nie tpi pd anai2 la,]
Masukan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.
15. Mengelakan lipas :
Ambik daun pandan dan letak di tempat seperti almari, ceruk-ceruk.
16. Hilangkan lebam pd bawah mata :
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis, lakukan beberapa kali
17. Menghilangkan bau mulut : [sape buat nie mmg hebat ar]
Tumbuk lumat sepuluh kunyum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Gosok pd gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan tiga hari sekali.
18. Manghaluskan kulit muka :
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Sapukan pd muka yang tekah bersih, biarkan ia mengering lebih kurang 15minit, selepas itu barulah dibilas.
19. Putihkan kulit melecur :
Ambil buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2kali sebelum mandi.
20. Serangan cacing :
Amalkan minum air rebusan bawang merah setiap hari
No comments:
Post a Comment